MuzIk @ jIWaku

Sabtu, 28 Ogos 2010

...::: Biskut Raya 2010 :::...

Setelah penat mengguli dan mengentel, maka inilah hasil biskut raya yang telah siap.
Layan jer ler yer.


Biskut coklat


Biskut Kacang bercoklat


Mix Fruits Cheese
Cornflakes Badam Bermadu

Selasa, 3 Ogos 2010

...::: Confident :::...



"Apabila sesuatu bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan." - Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pengertian Keyakinan
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.


Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda terhadap diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.

Jenis-Jenis Keyakinan
Pada hemat saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
Keyakinan terhadap diri sendiri
Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri



Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri
Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup atau hala tuju yang tidak menentu / tidak jelas
Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan
Kurang kemahiran dan persediaan
Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
Kemiskinan akibat kurangnya idea serta Sains Kejayaan Hidup
Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang sihat / cergas



Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri
Kurang senyum
Risau dan kelihatan risau
Gugup dan kelihatan gugup
Kurang berinteraksi
Malas bekerja atau berusaha
Cincai dan kelihat selekeh
Suka meminta-minta
Mudah putus asa
Suka gossip dan mengumpat
Defensif dan cepat marah
Mudah atau suka berbohong



Keajaiban Keyakinan Diri
Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang.
Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.

Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut itu!


Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya! Ini telah amat meNGEJUTKAN tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis - kelamkabut serta bertempiaran tentera-tentera Inggeris! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar!

Sabtu, 19 Jun 2010

...::: selamat hari bapa :::...

Hari bapa sambutannya tak semeriah sambutan hari ibu. Kenapa??? Jika dilihat dari sambutan hari ibu, pelbagai program dan anugerah yang dikurniakan bagi menghargai ibu-ibu. Adakah bapa tidak memberi sumbangan? Ataupun sumbangan bapa tidak sehebat sumbangan ibu? Pada saya kedua-dua antara ibu dan bapa sangat penting. Kedua mereka banyak berkorban dalam membentuk anak-anak. Ibu dan bapa sama-sama memainkan peranan masing-masing. Usah pinggirkan sambutan hari bapa. Peribahasa "Bapa borek, anak rintik" rasanya mencerminkan sesuatu yang kurang enak bila didengar berbanding peribahasa "Syurga dibawah telapak kaki ibu". Jika dibandingkan peribahasa tersebut ada kontranya. Adakah perlu peribahasa yang baru sejajar dengan sumbangan bapa? Jawapan bagi saya YA.


Fikirkan sejenak jika anak-anak lakukan kesilapan, mesti ada di kalangan ibu-ibu akan berkata-kata sinis seperti ini kepada sang bapa. "Haaaa... tengok tu... perangai anak macam perangai bapanya". Tetapi sebaliknya jika anak-anak mendapat pujian. Si ibu akan berkata " Haa... tengok tu... anak sapa?? tengok ler mak nyer siapa"... Itulah atara senario yang berlaku yang kita sendiri kadang-kadang sedar, tetapi kita sngaja mengabaikannya.

Rindu rasanya ingin berada dalam dakapan ayah. Sejak menginjak dewasa rasanya jarang sekali aku berada dalam dakapan ayah. Sesekali terasa rindu belaian ayah waktu zaman kanak-kanak dulu. Mungkin sebab kami lebih rapat dengan mak berbanding ayah. Namun kami tahu ayah sayangkan anak-anaknya. Kami kagum dengan ayah membesarkan kami hingga menjadikan kami seperti sekarang. Ayahlah yang terbaik bagi kami. Kami pasti akan sentiasa merindui ayah.

Ibu dan bapa adalah dua insan yang sangat penting bagi kita semua. Maka usahlah membeza-bezakan kedua-dua mereka. Daddy, Papa, Ayah, Walid, walau apa pun panggilan yang kita gunakan untuk mewakili bapa kita, SELAMAT HARI BAPA. Kepada ayahnda tercinta GHAFAR BIN MAT HASSAN, Selamat Hari Bapa.

Terima kasih ayah.

Sabtu, 12 Jun 2010

...::: PAPA TAK SAYANG ADIK? :::...

Adik cuma nak tanya papa, kenapa begini jadinya? Papa sayang mamakan? Papa, adik cuma nak tanya... Rasanya papa tak akan mampu menjawabnya... Papa ingat 14 Februari dulu? Atau hari jadi papa dulu? Atau mungkin juga ketika papa dan mama menyambut tahun baru? Malam itu papa ada janji temu, papa jumpa wanita itu, papa kata papa cintakan dia.

Benarkah pa?


Papa puji dan puji dia. Papa rayu dan belai mama. Kata papa cinta papa hanya untuk mama.


Benarkah pa?

Mama pun terkhayal dengan pujukan papa. Mama terbuai dalam bicara papa. Mama terlena oleh bisikan papa.


Benarkah papa?

Mama tak kisah papa peluk mama. Mama rayu nak sentuh jasad mama. Mama cakap papa akan puas kalau mama dapat buktikan setianya. Mama pujuk... mahu bukti cinta daripada mama.

Tapi benarkah pa?

Masa berlalu, hari ini lepas 9 bulan... Pohon yang papa dan wanita itu tanam telah membuahkan hasil. Hari ini buah cinta kalian telah terzahir. Hari ini bukti kasih papa iti pada mama telah lahir...


Tapi benarkah papa?


Tapi kenapa papa tidak sama menyambut adik? Ke mana papa telah pergi dan tidak azankan adik? Mengapa papa pun benci adik? Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa papa?



Tak terasakah bersalah? Tak berbakikah kash dan sayang dan tidak lagi kah papa berTuhan?

Benarka papa?


Benarkah begitu?

Adik cuma nak tanya je pa...